• Welcome to Academy of Islamic Studies
  • apipp@um.edu.my
logo
logo


𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐎𝐑 𝐃𝐑. 𝐊𝐇𝐀𝐃𝐈𝐉𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 @ 𝐇𝐀𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈


Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput warga Universiti Malaya serta masyarakat umum untuk menghadiri Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh tokoh akademik berikut:


Datin Paduka Profesor Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali

(Jabatan Usuluddin dan Da'wah)


🗓️ Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)

🕝 Masa: 2.30 petang – 5.00 petang

📍 Tempat: Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Tajuk Syarahan:


Uruf Masyarakat Majmuk Malaysia: Ke Arah Pembinaan Identiti Nasional Malaysia dalam Kerangka Fiqh al-Ta‘āyush dan Fiqh al-Watan


Syarahan ini akan membincangkan peranan uruf dalam masyarakat majmuk Malaysia serta kepentingannya dalam membentuk identiti nasional yang harmoni dan inklusif. Perbincangan turut meneliti konsep Fiqh al-Ta‘āyush dan Fiqh al-Watan sebagai kerangka pemikiran yang dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan, keharmonian sosial dan pembinaan negara bangsa dalam konteks Malaysia.


Sehubungan itu, para hadirin yang berkelapangan adalah dipohon untuk mendaftar di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgL-C9EsRg9GNkW4M1N5Dbj5ijt1SJ8aq1KYttTONyTK49YA/viewform atau mengimbas kod QR pada poster sebagai pengesahan kehadiran.


Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya ilmu dan memperkasa wacana intelektual melalui penyertaan dalam program ilmiah berprestij ini.


#APIUM #SyarahanPerdana

#apiumsahutcabaran

#disinibermulanyapintartanahtumpahberani

#homeofthebrightlandofthebrave