• Academy of Islamic Studies
  • apipp@um.edu.my
logo
logo

Matlamat Program / Programme Goal

Untuk memajukan bidang pengajian Syariah berasaskan tradisi keilmuan Islam dan kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.

To advance the field of Shariah studies based on the tradition of Islamic knowledge and modern scientific methods through quality education for the nation and humanity.

7 Semester Biasa (3½ tahun)

7 Normal Semester (3½ years)

Kerja Kursus

Coursework

129 Jam Kredit

129 Credits Hours

  • Fiqh dan Usul / Fiqh and Usul
  • Falak / Astronomy
  • Syariah dan Ekonomi / Shariah and Economics
  • Governan Islam / Islamic Governance

Syarat Kemasukan / Entry Requirements

STPM (Tahun Semasa)

Aliran Sains dan Sastera

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Syariah/Usuluddin;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

MATRIKULASI/ASASI (Tahun Semasa)

Lulus Asasi Pengajian Islam (Universiti Malaya) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

STAM (Tahun Semasa)

Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan pada peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab  
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah / Hifz al-Quran / Usul al-Din
  • Tasawwur Islam;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

DIPLOMA/SETARAF

SYARAT 1

Memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab dan sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat Diploma dalam mata pelajaran Bahasa Arab;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

ATAU

SYARAT 2

Lulus STPM bukan tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Syariah/Usuluddin;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Calon Bukan Warganegara

Calon bukan warganegara yang ingin mengikuti program pengajian di Universiti Malaya hendaklah tamat dan lulus sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengajian serta memperolehi kelayakan seperti berikut:

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/A Level/ IB/Setaraf;

atau

  1. Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

  1. Memeperolehi keputusan yang berikut dalam salah satu (1) peperiksaan kecekapan Bahasa Inggeris yang dinyatakan di bawah:
  1. skor 500 (PBT), 173 (CBT) atau 60 (IBT) dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL);
  2. band 5.0 dan ke atas bagi International English Language Testing System (IELTS) (Academic);
  3. band 3 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET);
  4. skor 41dan ke atas Pearson Test of Academic English (PTE Academic);
  5. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Education (A-Level), University of Cambridge;
  6. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Secondary Education (O-Level), University of Cambridge;
  7. gred C dan ke atas dalam Cambridge Assessment English: First (FCE); atau
  8. skor mengikut standard program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) masing-masing jika lebih tinggi dari (1) hingga (7).

Last Update: 15/12/2022