603-79676000 aka_islam@um.edu.my

Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Akademi Pengajian Islam Ke 40

Home / News

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu”

Save the date! (Tandakan kalendar anda!)

APIUM merasa amat bertuah dan bersyukur kerana telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran selama 40 tahun penubuhannya. Banyak transformasi yang telah dilalui menjadikan APIUM hari ini gah bukan sahaja di persada varsiti, bahkan di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, ayuh sama-sama kita luangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-40 APIUM.

Kejayaan pada hari ini adalah hasil kesinambungan perjuangan semua pihak.

40 tahun gagah melangkah,

Tradisi ilmu Islam menjadi wadah,

Bina generasi ilmu tinggi sahsiah,

Majulah APIUM untuk ummah.

#40tahunapium

Last Updated: 16/06/2021