603-79676000 aka_islam@um.edu.my

Logo of APIUM

Home / About Us / Logo of APIUM

BENTUK:

  • Bintang lapan bucu dibentuk daripada dua segiempat sama bertindih. Ia juga dikenali sebagai Rub’ al-Hizb.
  • Bentuk geometri tersebut melambangkan kosep ka’bah yang menjadi kiblat ummat Islam.
  • Di tengah bintang lapan bucu tersebut adalah huruf API dan ا ف ا yang merupakan singkatan kepada Akademi Pengajian Islam.
  • Huruf A dibentuk sebagai segitiga berjalur 11 yang mewakili sembilan jabatan serta Program Pendidikan Islam dan Kampus Nilam Puri yang wujud semasa penubuhan APIUM pada tahun 1996.
  • Huruf API dan ا ف ا  diletakkan di atas perkataan UNIVERSITI MALAYA yang melambangkan kedudukan Universiti Malaya sebagai asas kepada pembentukan APIUM.
  • Perkataan AKADEMI PENGAJIAN ISLAM dan أكاديمية الدراسات الإسلامية yang mengelilingi bentuk asas menggunakan fon Arial dan Kufi moden yang bukan sahaja kelihatan kemas, tetapi juga melambangkan dinamisme APIUM dalam disiplin ilmu Islam.

WARNA:

  • Warna biru, kuning dan merah merupakan warna-warna yang sedia ada pada logo rasmi Universiti Malaya.
  • Warna hijau biasa dikaitkan dengan tema Islamik yang menjadi teras pengajian di APIUM.

Catatan:

  • Logo ini adalah ciptaan En Azizi Che Seman, pensyarah Jabatan Syariah & Ekonomi dan digunakan sejak 1999 hingga April 2020. 
  • Akademi Pengajian Islam mula menggunakan logo baru yang standard berdasarkan arahan Universiti Malaya kepada semua fakulti pada 15 Julai 2020
Last Updated: 05/11/2020